Posts

Siapakah Rakyat Ketot?

Siapakah Rakyat Ketot?

Saya selalu rujuk anak-anak saya sebagai Rakyat Ketot. 
Kalau ada rakyat, siapa pula ratunya? 
Tentulah saya, ibu mereka.

Kadang-kadang saya rakam dialog cilik mereka sebagai kenangan.
Kadang-kadang, saya lukis kenangan itu buat tatapan di hari kemudian.

Saya bukanlah ibu sempurna.
Saya ibu biasa yang sedang meniti detik-detik berharga bersama Rakyat Ketot saya.

Saya kongsikan corat-coret, conteng-conteng Rakyat Ketot di sini.  Ada juga lukisan saya yang diilhamkan dari Rakyat Ketot lain yang saya lihat di luar sana. 
Selamat membaca!




Yang benar, Ratu Rakyat Ketot





SIJIL HALAL SHAKLEE 2020

Image
SIJIL HALAL SHAKLEE 2020 Jom gunakan produk Shaklee tanpa was-was.😊 Halalan toyyiban Shaklee ni. Produk elok, halal pula tu.

Resepi Muallimah - Kulit Karipap Bikin Angau

Image
Assalamualaikum semua. Tengah fikirkan menu minum petang ke? Apa kata buat karipap petang ni.

Ramai yang minta Muallimah share resepi kulit karipap. Kata depa, karipap Muallimah wangi, sedap, bikin angau, macam-macamlah. Ni depa yang kata, bukan Muallimah yang kata. Ni dia Muallimah share cara buat kulit karipap step by step. Jom semak resepi.

Resepi Kulit Karipap Bikin Angau
Bahan-bahan Kulit Karipap Bikin Angau1kg Tepung Cap Sauh250 gram ButtercupSatu sudu kecil garam390 ml air sejuk (dari peti sejuk)
Cara-cara Membuat Kulit Karipap Bikin Angau

Langkah 1: Masukkan tepung ke dalam bekas besar. Lubangkan di tengah. Ketepikan.

Langkah 2: Masukkan Buttercup ke dalam kuali kecil dan cairkan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.

Langkah 3: Setelah Buttercup cair sepenuhnya, curahkan ke tengah-tengah tepung tadi.

Langkah 4: Adunkan tepung dan Buttercup sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur seperti serbuk roti.

Langkah 5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan adun sebati sehingga m…